kawan-kawan

25 March, 2011

senang





pada yang berkata itu,

segan aku menatapnya,
ada suara tertutup
ada goncangan rasa
semuanya senada
dan aku hanya bisa bersuara
dalam diam tanpa kata.

sungguh terkaku aku di situ
perhati semuanya berlalu
membiarkan pergi dulu
sedang
perlu aku yang hadapi,
bukan mereka yang berusaha untuk aku

22 March, 2011

conteng

mahu dinafi apakah lagi,
lantaran semuanya telah terjadi,
antara aku dan diri,
pertelingkahan lagi,
tanpa hujung,
tiada jawapan dapat diberi,

21 March, 2011

belajar

belajarlah
memberi apa ada
bukan sekadar
menerima.

allah.

19 March, 2011

mekar

Mac bercerita,
Tentang bunga mekar,
memujuk diri.

Bertahan.
Teruskan
Melangkah sampai depan.

Amin.

Terima kasih Allah dengan bunga-bungaan yang sangat cantik itu. :)

18 March, 2011

pesona wanita

Pesona Muslimah,
Tidak perlu mendedah,
Pasti terserlah,
Bukan sekadar indah wajah,
Manis bicara pada lidah,
Akhlak nan indah.

17 March, 2011

saya rindu awak

kata rindu terluah pada bicara,
Itulah mahu aku kata,
Rindu ranapkan sekeping jiwa,
Keluh tanpa suara.

Ingin diberita semua,
Hanya sunyi teman kita,
Kalau bersua,
Seakan mahu jauh sahaja.

Ingin melangkah menjauhi,
Namun tidak bisa andai kamu tiada di sisi.

Sungguh rindu penuhi hari,
Kisah kita bermain dalam diri.

seorang dia

redupnya hujan pagi semalam,
membicara akan kisah silam.
bersuara tentang waktu kelam,
walau sebenarnya masih tenggelam.
yang dapat keluarkan aku,
hanya seorang aku,
sedang mereka hanya dapat pandang macam selalu,
perhati walau tidak dapat membantu.

sedangkan lompong yang makin besar itu,
tidak mampu dikambus,
dikorek lubang satu lagi,
belum pasti dalamnya.

memang benar suka aku larikan diri,
daripada apa sahaja,
apabila 'tidak mahu'
...

16 March, 2011

mahu terbang

mahu aku terus bicara apa yang rasa,
Sedang kamu hanya bisu.

Ingin aku temankan kamu saban masa,
Sedang kamu kata ia tidak perlu.

Lalu, aku larikan diri,
Kamu juga mengungsi.

entah

katamu dahulu aku yang manja,
Benarkah aku yang tidak pandai jaga diri,
Atau,
Atau terlalu manjakan diri?

15 March, 2011

tiba


Masa  dijanji makin hampir,

14 March, 2011

simpan

Simpan terlalu lama,
Jangan sampai makan jiwa.

Memendam semua rasa,
Jangan sampai mati sebelum masa.

Cari kembali diri,
Dalam gelap atau cahaya.

10 March, 2011

entahapaapa

kesakitan dialir kepada orang lain,
menyebabkan hatimu tidak tenang
jiwamu tidak terang
kalammu jadi sumbang.

ketawa keterlaluan,
akhirnya sebuah tangisan,
melaut jadi teman,
Walau ditahan.

Usah disoal mengapa masih sama,
Namun beranya,
mengapa kamu yang masih seperti biasa.

09 March, 2011

TErbaik

benarlah apa dikata Allah,
Hanya yang terbaik buat Hamba

walau kamu benci,
meski kamu menolak.

cuba untuk terima

usaha untuk ke sana.

03 March, 2011

jawapan

pandang bukan hanya sebelah mata,
namun berserta jiwa.
Dengar bukan hanya telinga,
biar berserta semua indera.

Sesungguhnya pemilik diri itu tahu,
Manakah yang baik,
Manakah mudarat.

Hanya diri hanya mengharap
Pada yang tidak pasti.

Menyusun langkah tanpa sedar ia pincang,
Hampir makan diri sendiri.

Jawapan itu pasti sudah.

Terima kasih Allah.

02 March, 2011

The pearl/lu'lu/mutiara


mencari mutiara tidak mudah,
perlu mujahadah,
jangan mengalah.