MEncari-Cari

Loading...

Salam Benua-Usman Awang

03 January 2010

Ogos 14, 2007

I

MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

II

Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

III

Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

IV

Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

V

Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua

Usman Awang
1970

SUMBERNYA DI SINI

Read more...

Puisi tanpa tajuk 1

02 January 2010



alangkan seekor haiwan sayangkan anaknya,
Inikan pula yang bergelar manusia,
Khalifah di muka dunia..

Sayangnya haiwan tanpa fikiran,
bencinya anak pada zuriat hasil dosa,
lebih zalim pernuatan jahili,
bukan hanya perempuan,
Bayi lelaki dihumban dalam sungai,
ditinggal tepi masjid.

Salah apakah si anak kecil tanpa dosa,
Menjadi saksi di dunia sana,
perbuatan kejam ibunya.

kata Allah,
"jangan hampiri zina"
Sedang manusia kini,"Kami hanya suka-suka"

mari kita lihat dalam diri,
Jahiliah atau berubah,
Usah dibiar kain yang putih,
Hitam jadinya.

~jamilah mohd norddin~
2-1-2009
CC safiyyah

Read more...

01 January 2010

Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali


Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga diriku ini
Kau hanya memandang dari jauh
Dan mendengar-dengar kisah dari yang lain
Atau kau melihat senyum tawaku yang menjelekkan hati
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Buruk buruk itu sahaja yang kau ulang sehari-hari




Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga deritaku ini
Kupalsukan segala sakit dengan senyuman
Menanam segala sengsara dengan tawa kegembiraan
Kejayaan demi kejayaan
Aku capai dengan pengorbanan
Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak pernah ingin mengenali
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Hanya nilaian kau dari jauh dan cerita-cerita orang lain




Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan kehidupanku ini
Kau ungkit semua dosaku yang lalu
Kemudian kau maki aku yang kini
Kau lemparkan kepadaku semua kesilapanku yang dahulu
Lalu kau caci aku yang hari ini
Buruk itu buruk ini kau ungkit berkali-kali
Seakan-akan aku ini langsung tidak berubah dan tidak meningkat seinci
Kau tak akan memahami
Kerna kau tidak bergerak untuk mengenali
Itu ini itu ini kau ungkit atas zahirku kini
Hanya nilaian kau dari emosimu sendiri




Ketahuilah
Kalau kau tahu apa yang aku lalui sehari-hari
Maka kau akan sedikit ketawa
Dan banyak menangis di dalam hati

Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak bergerak mengenali



Sedang aku
Bergerak mendekatimu
Dan berusaha memahamimu
Walaupun aku gagal hingga ke hari ini




~angkasa
30 Disember 2009
4.30 petang
Hampir maghrib
Aku rapuh saat kau pergi
Puisi Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali

*Komen aku: bahasanya biasa namun aku suka... Bukan sebab penulis namun isinya... 

Read more...

DIA ADA DI MANA-MANA

28 December 2009



Allah Maha Melihat dan Mendengar rintihan hamba
 

Dia ada di kanan, kiri depan belakang,
Memerhati setiap langkah dan bicara,
Dalam dalam jiwa,
Walau terselindung tak siapa menerka.

Dia yang aku rindu,
sebenarnya terus memerhati tingkah aku,
Sedar atau tidak,
Lena mahupun jaga,
Dia ada di mana-mana.

Dia Yang Maha Kuasa,
Kerana Dia aku di sini.

Usah biarkan rahmatnya menghilang daripada dalam diri,
Kerana tak mampu bahagia,
Tanpa kehendak Dia.

ITD
28-12-2009

Read more...

Aku Rindu Kamu

27 December 2009


Biarlah pena yang berbicara,
di saat kalam tak mampu bersuara,
jurang antara kita,
Menjarakkan sebuah kisah cinta.

Aku dan kamu,
Bukan lagi yang dulu,
Hanya bersuara dan biocara,
namun ikatan hati tiada.

menelurusi hari-hari penuh suka duka,
bersama namanu yang menemani,
meski kau tidak lagi di sisi
Menemani.

aku rindu kamu.
Selagi nafaz masih ada padaku,
terus aku akan rindu dan sayang,
meski makin jauh,
jauh,
jauh...

27-12-2009
CC Safiyyah,
Merapu

Read more...

  © Blogger template The Beach by jamilah 2009

Back to TOP