kawan-kawan

28 December, 2012

sementara

semua yang dipinjam harus dipulang pada pemiliknya
tiada yang kekal dalam diri
teruskan berdoa
suatu hari
yang hilang kembali
berwajah baharu
segar
lebih baik

22 December, 2012

i, ii, iii

i
"ibu, belikan saya buku ini"
"Eh, cerita ini boleh kita tonton di kaca tivi.

ii
"ibu, belikan saya buku ini?"
"Pilihkan sahaja, ibu bayar."

iii
"ibu, belikan saya buku ini?"
"mahallah. kita beli mainan sahaja."

Semoga dua itu pilihanku.
Tiada harga dapat ditinggal.
Buku hartaku.


21 December, 2012

20 December, 2012

Seorang Doktor, kisah aku

Wanita berbaju putih itu
sabar menyantun pelanggannya:
aku.

dalam segan
bersuaralah aku
bercerita apa berlaku.

dan
dia
dengan sabar
melayan setiap yang terbit di mlutku
bersama senyum
tidak lekang di bibir.

dia
seorang doktor baik yang aku temui hari ini.

201212



18 December, 2012

suatu hari nanti

Pena yang sedang melakarkan kata-kata
akan kehabisan dakwatnya
sedang
hati akan terus berbicara
perihal semua perkara

semuanya...

14 December, 2012

Awak iii


 “jangan lupa ubat yang harus dimakan setiap hari” 
Pesan awak suatu hari saat kita berpapasan di lorong gelap tanpa penghuni
 Hanya ada saya dan awak. 
Awak pandang dalam-dalam wajah saya, 
Dan awak ulang:
 “jangan lupa makan.” 
Awak perihatin dan tidak lupa titipkan pesan buat saya
 Sedang saya ... 
 Awak, Cerita sudah di episod akhir dan akan tamat 
Tamat buat selamanya.
 Pengakhiran semua yang tercipta 
Sebab janji itu tiba
 Selepas ini, Tiada lagi kisah awak dan saya.

09 December, 2012

i

pertemuan sepasang mata
yang bersuara
sedang bibir
tetap enggan berkata-kata

02 December, 2012

,,,

pada hujan
bukan hanya cerita
ada pengajaran!

hujan menangisi hatiku
 banjir!

sedari pagi
hujan izinkan diri menyusun doa dalam diam.

30 November, 2012

18 Muharam

fajar 18 Muharam
semakin hampir.
perjanjian yang tertulis
tidak dimungkir

29 November, 2012

Hari Baharu

serak cahaya
kicau burung
gunung ditutup tirai putih
deru kenderaan seberang jalan

bermulanya hari baharu
hari ini!

28 November, 2012

bisik pada diri

semakin rindu
lontaran makin banyak doa
bukan pada angin lalu
dalam hati letaknya

andai dimarah
hadiah al-fatihah
biar hilang amarah

27 November, 2012

Secangkir Kopi, Sebaris Kenangan

Pagi indah
 bintang sebutir 
awan bertabur 
mentari tersipu muncul

 kopi
 temankan aku

 kopi segera 
 tidak sama buatan ibu
 tetap manis sebab kenangannya 
wujud
 saat aku hirup secangkir kopi berplastik biru.

 lu'luh nur jamilah
 2012
 G4.1



-ini gambar nescafe, tetapi yang mahu dicerita KOPI.


25 November, 2012

kisah i

menyoal diri sendiri
soalan-soalan yang hanya dapat dijawab hati
sesungguhnya perubahan tidak terjadi
tanpa dimula diri sendiri.

kematian yang mesti
sedar atau tiada alamat kita sedari
pasti terjadi
tiba janji bertemu Rabbi

soalan
jawapan
datang silih berganti
jawabkan sejujur hati
hati siapa lagi mahu menjawab seikhlas diri?

kamu tanyakan mereka
yang dijawab
apa mereka nampak dengan mata kasar
diri
selagi tidak jujur dengan diri sendiri
tidak dapat jujur dengan dunia luar.

jawapan kamu
mungkin bukan yang diperlu mereka
sebab
kisah kita berbeza
latarnya

24 November, 2012

tentang ii

selepas hujan
pasti ada pelangi
atau
cerah mentari.

bersabar dengan hujan
sebab
padanya rezeki.

pada hujan
ada cerita kita

23 November, 2012

kuatlah, sayang! Allah Tahu. Usah Sesekali Mengalah

mempertahankan
dipertahakan
pertahan

pertahanan
kuatkan!

22 November, 2012

rindu

rindu
anugerah
paling manis
pemberian DIA

rindu

rindu
anugerah
paling manis
pemberian DIA

12 November, 2012

tentang i

perubahan terjadi
sebab
diri
berubah!

11 November, 2012

apabila seseorang pergi...

..manusia yang baik meninggalkan haruman,
Yang dihidu oleh manusia sekelilingnya,
Bersama kenangan yang terus mekar..

kerana dia manusia baik....

manusia yang baik,
biar telah beradu dengan aman,
Sudah menghadap Pencipta,
Masih diingat..

kerana dia manusia baik.

hatinya suci....

10 November, 2012

impian

pemilik cinta
akan
menyampaikan kita
ke negeri cinta.


09 November, 2012

yang kita faham, tidak semesti apa yang mereka faham.

apa kamu faham
dan apa mereka faham
beda
sama
masih kita berpijak atas satu jalan
kembali kita pada satu titik.

agama.

03 November, 2012

rindu

saat rindu menyapa diri lantunkan doa pada-Nya sampaikan rindu padanya

29 October, 2012

kesan ada dalam hati dan gerak langkah.

pesan
berpesan
terkesan
dan mengesankan

25 October, 2012

cinta

Kecintaan mercup enggan lagi kembang 
Sedang tunas tersemai semalam belum matang 
Layu tidak bersiram.

 Saat diri mahu meninggalkannya ,
 semakin kuat desakan dalam diri
 memanggil dan seruan daripada sekeliling 
menjadikan diri kembali menguliti dunia ini.
 Dunia kata yang tidak terpisah ia daripada diri.

18 October, 2012

Bulan


Cantik bulan semalam.
Semalam,
Hadirnya kamu membuatkanku tersenyum,
Kala kau ada,
Aku ria,
Bila kau  terselindung,
Aku durja.

Alhamdulillah,
Semalam kau masih ada.

Aku bahagia.

17 October, 2012

seketul hati


kamu hanya perlu pandang lama-lama ciptaan Allah, dan pandang dalam diri kamu.
akan ada rasa hadir
seketul hati milik kita itu boleh jadi lebih keras daripada batu 
tersangat lembut hingga ia mudah tersentuh.

perjalanan pasti akhirnya walaupun tidak tahu jalurnya
semuanya pasti yang terbaik
hanya perlu percaya dan terus percaya.

16 October, 2012

###

He
always
know
the best.

Alhamdulillah

14 October, 2012

seorang tua di dahan takdir


kisah lelaki ini
 tabah meniti hari-hari mendung
bersama perdu-perdu harapan
sering melihat kelmarin 

 siapa lelaki tua itu? 


 lelaki itu menanti anaknya,
 lelaki itu ditinggal zuriatnya,
 lelaki itu anaknya  jutawan, 

ku renung wajahnya, 
Bersih!

dia kini terbuang, 
ku cuba dekati,
 mengembalikan senyuman, 
 di pinggir lesu bibirnya, 
agar esok,
 lelaki ini gembira…

edisi asal : 2005
disunting: 2012

12 October, 2012

temani hariku

Cinta
bawakan
aku
tuju
satu JALAN

03 October, 2012

Awak OK?

ada sebaris soalan
yang akan membuatkan dia tinggalkan semua kerja
dek mata 'dimasuki habuk' tidak nampak.

sebaris kata mengundang debar di dada

sebaris kata yang dia tidak pernah tanyakan pada orang lain.

"awak ok?"

dalam banyak soalan
satu baris ini yang mahu dielak
kerana
ia melahirkan derai air mata
dan kerja tertangguh!

angkat beg
pulang ke bilik
sembunyi.

hatinya lekas pecah pada baris soalan itu.

lu'luah nur jamilah
2012

02 October, 2012

puisi, kembalilah!

puisi makin enggan bermesra denganku
saat aku seakan mahu meninggalkan dunianya
merajukkah puisi denganku?
bicara puisi tidak selantang masa lalu
tidak sedalam makna lalu
tidak seindah bahasa dahulu

puisi
kuntumanmu ingin sedia ada dalam
genggamku
biar hari-hariku
berteman rangkap puisi indah 
bait-bait puitis merawat rawan sekeping hati.

sedang puisi
makin menjauhiku

01 October, 2012

hujan

satukan
hujan
dan
tangisan
biar tiada yang tahu
sedih dalam diri
yang bersatu dengan titis rezeki.

30 September, 2012

tabahkan hati

sesekali
usah
diucap
kecewa
atas apa terjadi.

belajar
dan 
terus belajar menerima.

28 September, 2012

rindu

tidak akan dilupa
lembut jemarinya mengusap tanganku
membelai rambutku 
melenakan jagaku

rindu itu bertandang
meski bertahun dia pergi ...

al-fatihah
buat ibu..


24 September, 2012

diam!

pasti
kamu akan 
tahu
mahalnya
harga diam
apabila
semua di sekeliling
memperkatakan 
perihal kamu.

23 September, 2012

seperti bintang terang
yang menghilangkan kegelapan 
malam

19 September, 2012

Bulan ...

pinjamkan aku
sinarmu
ingin sekali 
menerangkan diri mereka ...

16 September, 2012

dengarkan ini ...



tidak boleh mengubah semalam
tidak terlewat
mengubah hari esok
dengan
melakukan yang terbaik hari ini.

12 September, 2012

13 August, 2012

rindu

Cerah wajah
Mengingat dia –seorang guru-
Pemberi semangat
Pembakar obor cita
Penginspirasi tempat pertama.

12 August, 2012

insan istimewa


mereka insan istimewa
yang Allah hadirkan sebagai guru buat kita.
Wahai lidah mengapa kotor bicara
guru ini markah sedikit, guru itu tidak enak bicaranya.

Allah,
maafkan kami
yang lupa mencari berkat dalam belajar.

Guru
insan paling istimewa
cara mereka
pengajaran mereka
tersendiri.

Wahai diri,
berhenti komentar itu ini.
belajar ikhlas hati
ilmu pasti meresapi,
Allah beri ikut kadar usaha.

|11.8.2012|

11 August, 2012

Di balik cermin mimpi- M.Nasir.


Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna


Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi

***
Aku tidak dapat menafikan rasa suka akan cepat berputik dalam hati aku saat mendengar lagu yang mana liriknya senang meresap dalam jiwa.

Membaca buku Tuan Jamal Ali, aku belajar mencintai lagu Ramli Sarip.

Dan baru aku tahu yang aku seorang penggemar lagu M. Nasir.

Di balik cermin mimpi antara lagu kegemaran aku,

Maksudnya  dalam ... tetapi yang aku dapat belajar: kita adalah apa yang kita lihat dalam cermin itu! Jadi, tidak perlu berpura-pura yang kejelekan aka tetap terlihat dan kebaikan akan terzahir.



09 August, 2012

selamat
datang
minggu-minggu
akhir.

08 August, 2012

ayuh!

jatuh
langkah
membangun
semangat diri.

mengalah
tidak sekali.

la tahzan

la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan
la tahzan

06 August, 2012

mekar


jadi
semekar 
mawar
kembang

04 August, 2012

Seminggu Adik Datang Key El

Kuala Lumpur

Papa bawa adik jalan-jalan, 
Dekat Key El

 Ahad,
 Adik rengek ke Key El Si Si, 
Nampak biru mata mat saleh,
 bangunan milik orang putih, 
Jaga pun cakap tak fasih.

 Isnin,
 Papa ajak tonton wayang, 
Cerita gebang 
Papa gelak bergoyang
 Tinggal sembahyang 

 Selasa, 
Jalan-jalan di pasar budaya, 
Adik kesat mata,
 Inikah tinggalan warisan bangsa, 
Hilang harga. 

Rabu, 
Pergi kedai buku,
 beli buku kartun jepun, 

Khamis,
 Papa rehat, 
di Bukit Berbintang, 
Adik ikut, 
di kepala berbintang-bintang. 

 Jumaat,
 Papa tak solat, 
Bangunnya liat,

 Sabtu, 
Ada konsert, 
jam 6 berbaris tunggu nak masuk, 
malamnya tak ingta mati belum menjemput. 

 Segar desa, 
malar di ingatan. 
 Adik mahu balik kampung, 
Selamat, Aman, Makmur

2012
edisi kemaskini.

03 August, 2012

توليس


اكو ماهو
تروس هيدوف والاو جاسد
دتانم بومي
جوسترو
اكو هاروس تروس منوليس.

02 August, 2012

cita tertinggi

cita tertinggi seorang hamba
menjadi hamba disayang Tuan.
Jadikah aku seorang disayang Tuhan?
                                            kenalilah dirimu, kamu akan kenal penciptamu 

01 August, 2012

teman paling setia



dia menghulur tangan
saat hampir diri kelemasan.

dia menenangkan 
ketika resah jadi teman.

dia berkata dalam diam.
menjawab semua persoalan.

dia
teman paling setia.

dialah dirimu
dialah jasadmu.

suara paling dekat,
ada dalam dirimu.

jaga hatimu
terpelihara dirimu.

2012
uiam

مننتي؟

بوكن سكدر مننتي
كجايأن
تيدق أوسها
سكوات هاتي
دعاء سنجاتا 

31 July, 2012

kata burung kecil kepadaku


kicau burung
mengejutkan perempuan yang sedang
termenung
di hujung tasik
dan asyik dengan angannya.

"hei, aku sudah keluar mencari rezeki, mengapa kamu masih duduk cuma?"

aku, burung kecil
mahu jadi pembantu Ibrahim 
:gunakan paruh kecilku mengaangkut air
walau aku tahu ia tidak dapat memadam api."

30 July, 2012

sebuah kisah




indah bahasa al-Quran
terpegun penyair hebat
Sungguh ia bukan rekaan!
Dinafi khuatir hilang kepercayaan.

sahabat pendamping Rasul
melupakan puisi demi al-Quran

al-Quran tidak sekadar bercerita
memberi fakta
yang terkaji sedikit cuma

ilmunya ...
Banyak lagi tersimpan dalamnya ...

kata Allah:
bandingan ilmu manusia
setitis air yang lekat di jari
saat kau celupkan jarimu pada air ..

luas lautan ilmu,
tiada bertepi.

29 July, 2012

kawal

kuasai dirimu
sebelum
orang lain
kawal dirimu.

letak Allah pada tempat TERTINGGI.

27 July, 2012

Awak II

 baca AWAK



awak,
kerinduan
bermakna 
bersama
iringan doa
tanpa putus.

lu'luah nur jamila
2012

26 July, 2012

Riang-Ria.

menyerak
senyum 
paling
lebar
tanda
ria
sekeping hati bahagia.

25 July, 2012

pertanyaan i


Bacalah
dengan nama Tuhan
yang menjadikan dirimu
sebaik-baik kejadian,
sudahkah kamu mensyukurinya?

jamilah mohd norddin
uiam

24 July, 2012

muntah kata


jutaan kata
termuntah
saksi
buruk
baiknya pekerti.

jamilah mohd norddin
uiam

23 July, 2012

tenang ramadhan ini


hujan pagi
dingin luar biasa
redup manja
gerimis senja
mewarnai Ramadhan ini.

jamilah mohd norddin
uiam

22 July, 2012

ramadhan ini

ramadhan ini
bukan ramadhan itu
manfaatkan ia
sebelum 
ramadhan ini
menjadi ramadhan itu.

ila husna

21 July, 2012

Pertama

biru langit Ramadhan
mengkhabar berita gembira
merai datangnya
bulan mulia.

kicau burung
langit terang
lambai daunan
lenggok pohon

menyambut datang tetamu
Ramadhan.

1433
uiam

20 July, 2012

Selamat Datang, Ramadhan.

selamat datang 
bulan limpahan rahmat
sederas hujan yang turun hari ini
seindah pelangi yang munculkan diri
lewat senja di kaki langit UIAM
seterang senja yang nampak di kejauhan.

Allah.
terima kasih.
aku bertemu Ramadhan kali ini.

ila husna
2012

hidup

tanda sayang Allah
diberikan semua sekadar mampu hamba
susah,senang,mudah, payah
yakin mengharung tabah
kehidupan singkat.

jamilah mohd norddin
iium
30 syaaban 1433

19 July, 2012

bahasa itu i

pernah cintaku berputik pada bahasa ini. perkenalan lewat sepuluh tahun lalu membuah cinta, menyemai sayang padanya. hari ini, cinta itu kembali. setelah layu bertahun tidak disiram, ditinggal layu tidak dibaja.

bahasa itu gunanya sepanjang hidup. mengenal makna kitab Samawi Allah berikan pada Rasul, pada kita semua. memahaminya hadiah utama. Memperlajarinya peluang terbuka tidak pada semua.

diri, bukakan hatimu, cintai bahasa itu. Bahasa Arab.

jamilah mohd norddin
IIUM

bulan kekasih

Selamat datang bulan kekasih
bulan umat
bulan kasih sayang
bulan kebaikan.
allah, sampaikan aku pada Ramadhan.

~jamilah Mohd Norddin

16 July, 2012

tulis



Saya mahu berhenti menulis saat saya mati.
Bukan satu buku sebelum mati.
Saya mahu tulisan saya jadi bakti,
saat saya mati.


15 July, 2012

pencandu




aku seorang pencandu buku
bukan
pecandu.

Membaca: suatu keindahan


perjalanan
panjang
jadi 
pendek

sela
masa
terasa bosan
menunggu
singkat
berbab
selesai.

kesakitan
hilang
diganti
nikmatnya baca.

baca
bukan sekadar aksara menyihir
renung alam
baca peristiwa.

Gagal membaca
sesat mencari makna.

Jamilah Mohd Norddin
IIUM
15 julai 2012.


14 July, 2012

Hitam Putih


sejahat mana manusia
ada sisi putihnya.

Sebaik mana manusia
punya masa gelapnya

sepintar mana manusia
bijak kerana nama Allah ada di jiwa
tiada makna andai kelam sukma.

Selebat mana hujan
pasti ada pelangi sesudahnya.

Allah beri
selama kita sabar dan doa

10 July, 2012

Puisi Syahdu.

Puisi Syahdu
A.Rahim Abdullah.
Hari-hari aku menulis
dan kunamakan puisi
tanpa kurasakan puitisnya
kerana seni peribadi
puisi kumulakan
dengan ajakan lembut bicara
meminta kecintaa kembang semula
bila esok anak-anak tak bersopan
orang tua dan pemimpin tak sehaluan
lagu-Mu
laguku
nada-Mu
nyanyianku
untuk-Mu
tulisan-Mu
tulisanku
bacaanku
menjadi kitab suci.

Ya kekasihku
ya peminatku
persaksikanlah betapa
anugerah-Nya sebuah catatan
yang mempersaksikan
kedatangan esok yang mencabar
pembangunan insan
pembangunan lahiriah bertakhta
lalu kupatahkan puisi syahdu ini!

awal tahun 1980
A.Rahim Abdullah.

Sumber: Kembara Arjuna, m/s 65-66, DBP.

06 July, 2012

Sedap


keenakan rasa juadah di lidah
bukanlah kerana enaknya
mahalnya
banyaknya

makanan 
enak 
apabila 
dimakan 
bersama 
yang 
tersayang.

Jamilah Mohd Norddin
UIAM

Titisnya Mengukir Bahagia

Tangisan awan
sentiasa menenangkan
tidak sekali mengecewa
alam
pohon
aku.

Memberi senyum pada daun pohon 
mula menguning.
mengukir senyum aku
setia perhati titisnya dari birai jendela
terbuka.
DIbiarkan terbuka biar renjisannya mengena diriku.

Di sini,
kota di hujung bandar,
Di sana
Desa nan permai.
Derunya sama
Menguntum senyum di bibir
merahku.

Jamilah Mohd Norddin.
6.7.2012
UIAM

02 July, 2012

Jemput Like


Assalamualaikum, teman-teman.
Jemput melihat barang yang dijual di Aisya Safiyyah's Collection.

Allah, pimpin tanganku

Buat Kamu

Aku menyimpan hasrat
Tersimpan di jiwa paling dalam
Sesungguhnya dalam setiap yang terjadi
Terselit sangat banyak pelajaran yang tidak aku dalami.

Terus.
Aku akan terus berdiri di sini.
Angin rindu yang berpuput,
Sampaikan salam rindu dan doaku padanya.
Biar mata tidak bertentang,
Hati tidak melupa.

Seorang pesalah –aku-
Memohon diri dimaafkan.

Sesungguhnya kesakitan yang tidak terlihat itu
Siapakah yang dapat mengubatnya selain Allah.

Pintalah, Aku akan kabulkan.
Justeru,
Pohonlah kebaikan.

01 July, 2012

Kaca


Hati
serapuh
Kaca
Berhatilah
menjaga

29 June, 2012

Lorongkan Jalan, Allah.


Benarlah.
Payah itu yang pertama
kedua
terlorong jalan
terbuka kesempatan.

Berjalan
Selagi bernafas
Mentafsir
Selagi akal berfungsi.

Allah,
terima kasih.

Ila Husna.

27 June, 2012

Mengait Ilham

Biru langit, hijau alam sering mengujakan.
mengait ilham
yang tersangkut di dahan kenangan
enggan gugur menjadi untaian kata.

kata-kata tersekat
tidak terluah bibir
tidak tertulis jemari
tidak tercat meski warna setia di tangan
terlekat dalam dada
di situ sejak beberapa lama.

menyimpan kenangan bukan untuk diri sendiri
berkongsi denganmu mengukir ria di hati,

mengukir kenangan menjadi catatan
abadi sepanjang zaman.

25 June, 2012

SEHIRIS LIMAU, SECANGKIR KOPI.


lewat
pertemuan
hujung mingguku bersama h
dihulurnya secawan kopi manis
sehiris limau masam.
kutelan meski tekak mendesak
melontarnya kembali.

kata h
telanlah apa yang ada di hadapanmu
manis itu penyeri hidup
masam itu pengingat diri
masin itu hadirnya sesekali
pahit itu ubat sejati.

h,
suatu masa ketika kamu kembali
menemuiku
mahu kujabat tanganmu
terima kasih mengingatkan.

secangkir kopi sehiris limau pemberianmu
mengukir senyum di bibir.

19 Jun 2012/ Mahang.

14 June, 2012

Tulisan

Menulis bukan sebarang tulisan
Disoal di Sana
Atas landasan apakah penulisan
Kerana menegakkan titah Allah
atau
Demi kertas-kertas not tertulis angka.

Allah.
Tetapkan hati ini dalam menulis
Bakat dipinjam-Mu
Bukan dipersia
Demi berkongsi
Demi memberi
Termampu diri.

Seandai esok diri pergi,
Ada harta kemudian hari
Menghulur jariah buat diri.

10 June, 2012

Bijaksana

tulisanmu
ditanya
di Dunia
Sana.

Langkahmu
dikira
di Alam
Sana

Cakapmu
ditimbang
Mizan
Paling tepat.

BIJAKSANA.

lu'luah nur jamilah

09 June, 2012

Satu Nama

Hanya satu tujuan
kerana Allah
Pasti tenang
Lancar
dipermudah

08 June, 2012

Tulis

tiada alasan dapat dicipta
melainkan PERCAYA
kamu akan disoal pada bakat diberi
tulis
tulis
tulis

HANTAR.

03 June, 2012

pandang, lihat, berpijak.


pandang
di hujung padang kehidupan
rancang
peta permainanmu
menang
kalah
tidak lelah.

lihat
sejauh langit biru
gapai awan impian

berpijak 
di rumput hijau

lu'luah nur jamilah

30 May, 2012

pergilah memori

membebas kenangan
mengosong kerangkan memori.
bebaslah!

Dia memberi yang terbaik.

lu'luah nur jamilah


26 May, 2012

Hanya Dia.


Sekuntum puisi
Serangkai doa
Sejambak harapan

Pengiring
Perjalanan panjang.

lu'luah nur jamilah

23 May, 2012

lubuk paling dalam

berbisik,
pada lubuk paling dalam *hatiku*
apa sahaja selepas ini
terbaik untukku
lantaran aku mahu begitu.

lu'luah nur jamilah

12 May, 2012

Gadis bertudung hijau


Gadis bertudung hijau,
Meluah pada alam,
Menghilang resah bercambah.

Jika patahnya sayap malam,
Haruskah dia tersungkur?

lu'luah nur jamilah
12052012

11 May, 2012

subjek


Pagi
Teratai mekar
keruh sungai uia
pandangan sepasang mata

lu'luah nur jamilah

10 May, 2012

soalan dan jawapan

Biarkan semua
lepas 
bebas
Anggota kebas
sesak nafas.

Persoalan demi persoalan
mengasak tanpa jawapan.

Berikan aku jawapan.
Pada semua persoalan
Tenang lena tiada igauan.



Jawapan
Sepatah cukup melegakan.
Aku diam tanpa soalan.

04 May, 2012

sunnatullah

mentari
hujan
pelangi
guruh 
petir

sunnatullah.

lu'luah nur jamilah

03 May, 2012

malam itu

semua kata terbit pada ulas bibir
menuntut ditunai.
aduhai,
perhati setiap kata tulismu,
kelak depan Allah ditanya,
Hak tulisan itu tertunaikah?

28 April, 2012

mereka

pemberani
kerana benar

terus berjalan.

penakut 
seperti aku.
diamnya beku.

Rojak.



Belajar untuk senyum.
Belajar untuk terima.
Berulang kali jatuh.
Aku akan bangun.

27 April, 2012

saksi kau dan aku


kuburan
saksi
pertemuan
dipanggil pulang
abadi.

lu'luah nur jamilah
2012

26 April, 2012

Gelas Maksiat

Gelas Maksiat,
 Dewan Siswa Januari 2010
 
Seteguk kuhidup saban malam
Sampai habis segelas
Maksiat diharung tanpa rasa dosa
Kerana aku tak nampak syurga neraka.

Segelas
Diganda jadi bergelas- gelas
Bergelandangan aku bagai
Binatang buas
Asal nafsu aku puas.

Aku corakkan gelas maksiat
Dengan lukisan jijik lagi kotor
Apa aku peduli?
Usia tua masa bertaubat.

Satu senja
Tertayang gelas maksiat
Aku hirup malam dan petang
Tak sanggup indera  memandang.

Ada insaf
Namun
Si Pencabut Nyawa menanti
Di ubun kepala
Tak mampu aku lempar
Gelas dosa itu.

Hanya melihat
Meronta
Meminta
Rohku dicabut tanpa dilihat siapa.

JAMILAH MOHD NORDDIN

25 April, 2012

Kendi Ilmu

Varsiti (sisipan berita harian)

24 November 2011-30 November 2011

Bertahun menadah kendi,
Takah manakah air terisi?

Kendi manakan terisi,
Andai laku tidak diikhlasi,
Hanya pujian didapati,
Reda tidak menyertai.

Awal perkara itu kasad,
Busuk niat,
Rosak apa dibuat,
Hilang Berkat.

Kendi Ilmu biar terisi,
Selagi jasad belum dikebumi.

Jamilah Mohd Norddin
UIAM

masa

Larian masa,
sepantas cheetah,
selaju cahaya,
hadirnya sekali.
tidak kembali.

Lu'luah Nur Jamilah
SAFF D 4-4
25 April 2012

22 April, 2012

mengenalimu

mengenali katamu
membaca suara hatiku
resah,
duka,
semua kisah.
Teladan pencari.

pertemuan lewat tulisan,
nikmat tidak terzahirkan
Dan aku tenggelam.
Kembali ingatan.

lu'luah nur jamilah

 

19 April, 2012

perang kata

perang kata
akal
jiwa
cari erti
balik puisi

lu'luah nur jamilah

30 March, 2012

setelah dia pergi

hanya
setelah yang diinginkan pergi.
kau melopong.

ketika ada.
persia
seakan bukan apa-apa.

hargai,
selagi depan mata
kelak tiada,
sesal gunanya tiada.

26 March, 2012

cuti

Ditanya

aku diam,
menjawab jawapan standard,
"tidak tahu"
meski dalam diri punya bicaranya.
Siapakah tidak mahu menghadap wajah keluarga tercinta,
Senyumterukirhatimenangis,
maka aku hanya diam di sini.

Ada baiknya.
Aku diam di sini.

23 March, 2012

Awak, saya minta maaf.

berhelai daun gugur,
hari-hari,
tanpa henti.

Segala tersurat,
Ada setiap,
dalam bait kata terungkap,
carilah makna.

Andai nafas terakhir terhembus awal,
maafkan khilaf diri,
Ruang persahabatan,
Bermakna,
abadi di ingatan.

Meski diri,
sahabat bukan pereda gundaj,
peneman duka.

Seorang ananiah, 

22 March, 2012

hati gadang

tiada apa kurang semua,
asal punya hati gadang.

Allah,
berikan kami jiwa yang besar,
tetapi,
tunduknya hanya pada-Mu.

17 March, 2012

Syair Perahu- Hamzah Fansuri

Syair Perahu

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i'tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba'id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu 'azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na'am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
"yakin akan Allah" nama pawangnya.

"Taharat dan istinja'" nama lantainya,
"kufur dan masiat" air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
"Allahu Akbar" nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

"Wallahu a'lam" nama rantaunya,
"iradat Allah" nama bandarnya,
"kudrat Allah" nama labuhannya,
"surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam'ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
tanpa ada tujuan yg tetap,

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insan,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma'rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da'im dan ka'im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma'rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

sumber: wikipedia