kawan-kawan

24 March, 2013

dan

aku tidak pernah melupakan laman ini
walau jarang terisi kini
dan aku masih perhati
memandang dari sisi

...aku ada lagi,

31 January, 2013

1 Bulan

hari ketiga puluh satu Jauari Dua Ribu Tiga Belas.
Sembilan hari di Gombak,
Dua puluh satu hari di Mahang,
Apa kau buat, 
apa kau fikir.

Diri,
keputusan diambil
jangan sesal kemudian hari
soal masa hadapan.

NEKAD.

Senyum,
akan ada jalan,
saat diri kata MAHU

27 January, 2013

hari ini

kata -kata terapung dalam kepala sejak beberapa tahun
menjadi nyata hari ini
tidak perlu menangis pada sesuatu yang disebabkan diri sendiri
yang bersala diri sendiri,
berani buat tanggunglah akibatnya.

perjalanan setiap manusia tidak sama
kata-kata adalah doa.
saat diuji, tanda kasih Ilahi,
semoga bukan sebab murka-Nya pada diri.

Segala-galanya aku terima
menghadapi sebuah kenyataan 
pahit yang manis
selepas ini
semuanya jadi kenangan
selamat tinggal, kalian
yang selama ini bersama aku susah dan senang
selepas ini,
aku melangkah meninggalkan kalian.

:)


apa-apa pun, SENYUM. =)

26 January, 2013

Awak iv

kucing berlari riuh rendah
mengejar tikus santapan malam
kenangan bersama indah meriah
tersimpan di hati paling dalam.


Hujung minggu berkunjung ke kota
Kedai buku sasaran pertama
kenangan bersemi sebab cinta
bersama, berpisah lupa tiada.

indah nian waktu senja
berehat bersama adik dan keluarga
Salah silap maaf dipinta
andai terpisah sampai masa.

jemari diatur bersusun sepuluh
memohon maaf silap dan salah
wahai hati jangan merusuh
ukhuwah terjalin kemas dan utuh.

2013

24 January, 2013

Pencinta Sunyi

bercinta dengan sunyi sebetulnya aneh
tetapi indah.
Kita belajar menjadi lebih berani melepaskan sebuah cinta asing
yang belum sempat dipuisikan

Alien Menchari Chinta , Ramzah Dambul (m/s 29)

* ini sajak yang dipetik daripada koleksi sajak Ramzah Dambul bertajuk Alien Menchari Chinta, ITBM.

23 January, 2013

dalam banyak waktu, aku terlupa banyak perkara

Hidup bukan seperti sebuah novel atau cerita
yang ada prolog, bab demi bab, epilog. Hidup sebuah kenyataan yang sering terjadi perkara tidak tersangka.
TETAPI...
semuanya terbaik! 

28 December, 2012

sementara

semua yang dipinjam harus dipulang pada pemiliknya
tiada yang kekal dalam diri
teruskan berdoa
suatu hari
yang hilang kembali
berwajah baharu
segar
lebih baik

22 December, 2012

i, ii, iii

i
"ibu, belikan saya buku ini"
"Eh, cerita ini boleh kita tonton di kaca tivi.

ii
"ibu, belikan saya buku ini?"
"Pilihkan sahaja, ibu bayar."

iii
"ibu, belikan saya buku ini?"
"mahallah. kita beli mainan sahaja."

Semoga dua itu pilihanku.
Tiada harga dapat ditinggal.
Buku hartaku.


21 December, 2012

20 December, 2012

Seorang Doktor, kisah aku

Wanita berbaju putih itu
sabar menyantun pelanggannya:
aku.

dalam segan
bersuaralah aku
bercerita apa berlaku.

dan
dia
dengan sabar
melayan setiap yang terbit di mlutku
bersama senyum
tidak lekang di bibir.

dia
seorang doktor baik yang aku temui hari ini.

201212



18 December, 2012

suatu hari nanti

Pena yang sedang melakarkan kata-kata
akan kehabisan dakwatnya
sedang
hati akan terus berbicara
perihal semua perkara

semuanya...

14 December, 2012

Awak iii


 “jangan lupa ubat yang harus dimakan setiap hari” 
Pesan awak suatu hari saat kita berpapasan di lorong gelap tanpa penghuni
 Hanya ada saya dan awak. 
Awak pandang dalam-dalam wajah saya, 
Dan awak ulang:
 “jangan lupa makan.” 
Awak perihatin dan tidak lupa titipkan pesan buat saya
 Sedang saya ... 
 Awak, Cerita sudah di episod akhir dan akan tamat 
Tamat buat selamanya.
 Pengakhiran semua yang tercipta 
Sebab janji itu tiba
 Selepas ini, Tiada lagi kisah awak dan saya.

09 December, 2012

i

pertemuan sepasang mata
yang bersuara
sedang bibir
tetap enggan berkata-kata

02 December, 2012

,,,

pada hujan
bukan hanya cerita
ada pengajaran!

hujan menangisi hatiku
 banjir!

sedari pagi
hujan izinkan diri menyusun doa dalam diam.

30 November, 2012

18 Muharam

fajar 18 Muharam
semakin hampir.
perjanjian yang tertulis
tidak dimungkir

29 November, 2012

Hari Baharu

serak cahaya
kicau burung
gunung ditutup tirai putih
deru kenderaan seberang jalan

bermulanya hari baharu
hari ini!

28 November, 2012

bisik pada diri

semakin rindu
lontaran makin banyak doa
bukan pada angin lalu
dalam hati letaknya

andai dimarah
hadiah al-fatihah
biar hilang amarah

27 November, 2012

Secangkir Kopi, Sebaris Kenangan

Pagi indah
 bintang sebutir 
awan bertabur 
mentari tersipu muncul

 kopi
 temankan aku

 kopi segera 
 tidak sama buatan ibu
 tetap manis sebab kenangannya 
wujud
 saat aku hirup secangkir kopi berplastik biru.

 lu'luh nur jamilah
 2012
 G4.1



-ini gambar nescafe, tetapi yang mahu dicerita KOPI.


25 November, 2012

kisah i

menyoal diri sendiri
soalan-soalan yang hanya dapat dijawab hati
sesungguhnya perubahan tidak terjadi
tanpa dimula diri sendiri.

kematian yang mesti
sedar atau tiada alamat kita sedari
pasti terjadi
tiba janji bertemu Rabbi

soalan
jawapan
datang silih berganti
jawabkan sejujur hati
hati siapa lagi mahu menjawab seikhlas diri?

kamu tanyakan mereka
yang dijawab
apa mereka nampak dengan mata kasar
diri
selagi tidak jujur dengan diri sendiri
tidak dapat jujur dengan dunia luar.

jawapan kamu
mungkin bukan yang diperlu mereka
sebab
kisah kita berbeza
latarnya

24 November, 2012

tentang ii

selepas hujan
pasti ada pelangi
atau
cerah mentari.

bersabar dengan hujan
sebab
padanya rezeki.

pada hujan
ada cerita kita