kawan-kawan

Lu'luah Nur Jamilah

Assalamualaikum,

Salam ukhuwah untuk semua.

Nak kenal Jamilah?

Cantik, cantik, cantik.

Bapaku mengurniakan sebuah nama yang ringkas tapi penuh bermakna.. JAMILAH. Nama penuhku, Jamilah binti Mohd Norddin bin Yasin bin Ahmad. Dalam penulisan puisi aku suka meletakkan nama lu'luah nur jamilah. (mutiara cahaya yang cantik) Emak yang telah melahirkan aku namanya Hasfah binti Hussain bin Taib. Lahir, menetap dan masih tinggal di teratak letaknya di Kampung Bukit Kabu, Mahang, Karangan, Kulim, Kedah Darul Aman.

Diputerikan pada tanggal 18 Muharam 1410H bersamaan 20 Ogos 1989. Tanggal itulah tangisan pertama aku meletus pada terngahari Ahad. Doakan semoga aku panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberkati.

PENDIDIKAN
  •  Awal pendidikan itu dalam kandungan Emak tersayang
  •  Tentulah guru pertama aku emak, ayah dan kakak-kakak serta ilham yang ALLAH berikan.
  •  Usia 5 tahun, dihantar belajar ABC, 123, di Tadika Kemas Kampung Bukit Kabu, Mahang.
  •  Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Mahang. Ketika 9 tahun, antara 6 orang murid di sekolah yang terpilih untuk menduduki Penilaian Tahap Satu (PTS) namun gagal. Mengambil UPSR pada 2000 dan berjaya memperoleh 4A 1B.
  •  Maka dengan keputusan itu, aku diterima menerima didikan selanjutnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling. (SMKAB). Agak malap keputusan PMR aku apabila hanya mendapat 4A 5B. Alhamdulillah, Tuhan berikan kurnia besar apabila melihat keputusan SPM yang memeranjatkan diri sendiri. 8A 1B 1C 1D ( C & D itu subjek matematik).
  •  Surat ke Matrikulasi Perlis sampai ke tangga rumah, namun aku memilih Pusat Asasi UIAM dalam jurusan Arab sebagai pilihan.
  •  Meneruskan perjuangan di Kampus Utama UIA di Gombak dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab (sastera)

PENGLIBATAN DALAM SASTERA DAN PENULISAN
1999-2001: “Hobi Saya” mengisi corong Radio Satu (Klasik Nasional sekarang) dalam rancangan Kak Yong Bersama Adik-Adik. Bermula detik itu, aku terus menghantar karangan untuk disiarkan, tambahan pula mendapat imbalan sebanyak RM50. Jumlah yang besar untuk murid kampung seperti aku.

2000-2001: Turut menghantar Sajak ke Rancangan Kelab Sayang di Sayang, Radio 3 Alor Star. (Kedah FM).

2004: Gatal tangan mahu menulis ketika sibuk membuat persiapan PMR. Melepaskan gian dengan menulis sajak dan diari. Mula belajar menulis cerpen di SMKAB dan cuba-cuba menghantar ke Dewan Siswa pada November 2004.

2005: Vila Igauan tersiar di Dewan Siswa pada Mac 2005, sajak bertajuk “Pesanan Ibu Kepadaku” tersiar di DARA.COM Jun 2005.

2006: Terpilih mewakili negeri Kedah ke Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan di Pusat Peranginann NUBE, Negeri Sembilan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan DBP. Berpeluang bertemu Nisah Haron dan Dato’ Dr A.Samad Said. Menyertai Pertandingan Menulis Esei Budi Bahasa, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan DBP, mendapat tempat keempat.

2007: Sajak tersiar di Tunas Cipta dengan judulnya; “Kian Tiba Saat Itu” pada Mac 2007 telah membawa aku ke Minggu Penulis Remaja 2007. Dibimbing oleh penulis berbakat seperti Faisal Tehrani, Rahimidin Zahari, Nisah Haron, Salina Ibrahim dan Saifullizan Yahya banyak mengajar aku untuk tidak menulis secara main-main. Manakala April 2007, “balasan”, sajak nukilan aku tersiar di FOKUS SPM.

2008: Febuari menyambut aku dengan “Puisi Buat Walid” mengisi Tunas Cipta. April, sajak bertajuk “Daun Pohon” diulas oleh Faisal Tehrani di Dewan Siswa; sementara “tangan kanan melawan tangan kiri”-sajak- dan “Azimat Daripada Ayah” –cerpen- tersiar mengisi FOKUS SPM. FOKUS SPM turut menyiarkan “Tinta Buat Sahabat”-sajak- pada bulan Sepember 2008. Manakala “Ada Ruang untuk-NYA” menutup tirai 2008 aku di Remaja.

2009:

2010:

 
PENULIS INSPIRASI
Faisal Tehrani-Novel yang mengujakan.
Ustaz Che Abdul Majid Omar (Pensyarah Pusat Asasi UIAM)-syair arab yang menggiurkan
Nisah Haron- Peguam yang berkecimpung sepenuh masa kini dalam penulisan
HAMKA-Ulama berjiwa seni dan puitis
Hilal Asyraf-usianya sama seperti aku namun sudah ada lapan buku. =)
Hlovate-santai dan bermakna

MEDAN MENGHUBUNG SILATURAHIM
E-mel: lukluah_jamilah@yahoo.com
Ym: lukluah_jamilah
Blog:

No. Telefon: Sulit dan Persendirian.

Salam ukhuwah, salam perkenalan..

Bio ini akan dikemaskini mengikut keperluan.

1 comment:

  1. Nak tambah sikit....Jamilah binti Mohd Norddin binti Siti Junah (+ Yasin ) binti Mat Arif ( +Fatimah) bin Jusoh Bin Zulkarnain................Jamilah binti Hasfah binti Hussain binti Mik Ah (+Taib) binti Hjh Hajar (+ Samad) bt Ku Jidin bin Ku Bahar

    ReplyDelete