kawan-kawan

26 February, 2011

simpan


Simpankan kata-kata itu,
Biar jadi sebuah rindu
Dalam sendu.

22 February, 2011

terima





Memutar masa yang telah kembali,
Bukan dapat dilaku diri,
Percaya takdir Ilahi,
Walau berat rasa hati.

Berat melangkah pergi,
Namun kuatkah terus berdiri di sini,
Ada rantai pada kaki,
Membuat aku terkaku tak dapat lari.

20 February, 2011

...

Kesatlah air matamu,
Jangan dibiar mengalir lagi.

19 February, 2011

kesal

kekesalan yang kau ungkap.
hanya main-main?

17 February, 2011

nasib

Segalanya pasti lancar,
Percaya dan yakin,
Terus melangkah,
Jangan mengalah.

Sungguh ladang kehidupan itu ujian,
Bukan main-main.

16 February, 2011

Mereka bukan Kami

Gambar tak ada kaitan
kisah mereka,
sangat senang hati mendengarnya,
Tersenyum walau hati duka,
Tersentuh pada setiap bait kata.

Kisah kami belum mampu aku dendangkan,
Meski padanya ada perkara mahu diluahkan,
Jadilah simpanan sepanjang kehidupan,
Hingga terbuka untuk diceritakan.

Biar aku gembira sendiri,
Menatap kisah mereka,
Yang buat aku senyum...

.silent.

berhenti seketika,
tutup mulut,
buka hati.

14 February, 2011

Sekuntum Puisi Sebuah Ilusi

Puisi tercipta kala aku belum terjaga. Masih lena!
Sedekad jemari laju melunjur bicara,
Hari ini semuanya seakan tiada makna,
Mana bisa sekadar membebas kata,
Melukis beban di dada.

Ilusi berlagu rancak meneman bicara,
Berkali tersekat tanpa kata,
Tenggelam dalam lautan makna,
Kesah tiada penghujungnya.
Mimpi!

Bukan tidak ditekan diri untuk kembali,
Menukil puisi suara hati.

Mahu dialun suka cerita
Ria kisah kita bersama,
Duka dikongsi dalam bicara.

Lenguh lengan apakala memandang pena,
Kaku tanpa baris tidak dapat digerak
walau hanya mengatur selajur kata.

Diam!
Ilusi mati suram kelam.

11 February, 2011

Puisi Untuk Diri

Sepotong puisi dialun tanpa hadirnya hati,
Tidak beri erti pada diri,
Hanya mainan kata bersulam mimpi,
Mati.
Ilusi.

Bukan itu tujuan diri,
Rahsia sebalik kata itu mahu dikaji,
Apa erti pada pemerhati,
Berertikah pada penulis puisi,

Apa guna berkajang puisi tertulis,
Berbuku coretan dikarang,
Berangkai kata berbaris kata,
Hanya mainan kata.

Perang kata terjadi,
Lisan dan hati,
Mencari erti maknawi,
Apa cerita sebenar diri.

Puisi manakah sebenarnya,
beri erti buta diri?

10 February, 2011

Kerana

Enggan.
Bukan tidak rela.
Tidak mampu berkata yang sebenar.

Berkali bibir terbuka,
Hanya bisu bersuara,
Kelam tanpa kata,
akhirnya,
Hanya tulisan berbicara.

perlukah aku terus bersembunyi,
Atau dibongkar semua rahsia,
Biar terang dan tenang.

Bukan menyendiri.

08 February, 2011

kata tanpa makna 1

Perhatikan setiap kata yang terbit pada ulas bibir,
Kadang tanpa sedar tempias bicara buruk lukakan teman,
Sampai jauh hati.

Kita kata biasa,
Dia terasa,
Salah siapa tidak cakna.

Kadang dalam bicara lelucon ada yang tidak kena,
Lalu dibiar sahaja bagai angin....

07 February, 2011

benarkan

Benarkan semuanya terjadi,
Walau kamu tidak rela.

04 February, 2011

Kesatkan air mata itu?

Degil!
Tidak mahu dikesat air mata yang mengalir,
Biarkan!

Ada masanya perlu dibiar air menuruni pipi,
agar sedar hidup bukan hanya pelangi.

03 February, 2011

Matinya Serangkap Puisi

Puisi aku karang  buatnya semalam,
Dikeronyok,
Dilempar jauh,
Hilang pandangan mata.

Semua kata tersusun mati,
Segala rima tidak jadi,
Susun bicara terhenti,
Matinya puisi untuk diri.

...

02 February, 2011

Dia II

Segalanya bukan yang lalu,
Aku pasrah,
tersenyum dalam tangis,

Asal,
Dia tersenyum,
Aku akan bahagia.

Walau tidak selalu aku ada,
Bukan prihatin seeprti mereka,
Aku bersedia,
Kerana cinta.