kawan-kawan

20 October, 2013

hadirlah

Suatu saat air hangat itu jadi rasa terindah meluah yang tidak terluah hanya ada aku dan Dia. Perasaan itu hadirnya bukan setiap masa, kala kau perlukan atau kadang kau mahu melarikan luahkanlah pada dia. Air hangat itu relakan ia menjadi peneman sampai puas hingga terasa hilang beban di pundak terbit dan hilang semua rasa lalu kau kembali tersenyum. Senyuman yang menghadirkan kebahagiaan. melahirkan kegembiraan. 20102013 Istana Cinta IH

05 October, 2013

:)

perhentian terakhir
akhirat nan kekal.
bersediakah
berbuat persiapankah?

melihat diri sendiri
lebih utama
daripada
melihat dan sentiasa orang lain.

Bagus untuk pencapaian diri,
berusahalah meningkatkan nilai diri
Allah sediakan kita bersama potensi.


17 September, 2013

berhenti berdusta

bohonglah
kalau
aku katakan yang tidak sedikit
sedih
kehilangan
sunyi
sepi
atas segala yang terjadi.
Apa penguat diri?
Dia,
Demi Dia aku teruskan perjalanan.
Hidup aku tidak dicipta percuma.

09 May, 2013

recovered



bermula bismillah
ayun kembali langkah.

ahamdulillah
penyudah.
tiada duka, melainkan ria
tiada sedih, hanya kasih
tiada resah, tapi ambil kisah

mendung beransur pergi
mentari makin bersinar
senyum makin lebar.

kehidupan
sentiasa manis.
tidak pernah ia zalim padaku.

menerima.
kita reda.
koreksi,
bersihkan hati
susun kembali perjalanan
untuk melangkah ke hadapan.

bukankah kehidupan amat singkat
untuk aku sekat-sekat
keinginan
impian
mimpi.

usaha
doa
usaha lagi
doa lagi
Diasentiasatahu!


2013

06 May, 2013

kepada kalam i

kalam-kalam
sesat
di hutan aksara
makin jauh
aku di dalamnya

sesat
pasti ada jalan keluar

kalam
berbaiklah.
jangan dibiar
aku sendiri.

24 March, 2013

dan

aku tidak pernah melupakan laman ini
walau jarang terisi kini
dan aku masih perhati
memandang dari sisi

...aku ada lagi,

31 January, 2013

1 Bulan

hari ketiga puluh satu Jauari Dua Ribu Tiga Belas.
Sembilan hari di Gombak,
Dua puluh satu hari di Mahang,
Apa kau buat, 
apa kau fikir.

Diri,
keputusan diambil
jangan sesal kemudian hari
soal masa hadapan.

NEKAD.

Senyum,
akan ada jalan,
saat diri kata MAHU

27 January, 2013

hari ini

kata -kata terapung dalam kepala sejak beberapa tahun
menjadi nyata hari ini
tidak perlu menangis pada sesuatu yang disebabkan diri sendiri
yang bersala diri sendiri,
berani buat tanggunglah akibatnya.

perjalanan setiap manusia tidak sama
kata-kata adalah doa.
saat diuji, tanda kasih Ilahi,
semoga bukan sebab murka-Nya pada diri.

Segala-galanya aku terima
menghadapi sebuah kenyataan 
pahit yang manis
selepas ini
semuanya jadi kenangan
selamat tinggal, kalian
yang selama ini bersama aku susah dan senang
selepas ini,
aku melangkah meninggalkan kalian.

:)


apa-apa pun, SENYUM. =)

26 January, 2013

Awak iv

kucing berlari riuh rendah
mengejar tikus santapan malam
kenangan bersama indah meriah
tersimpan di hati paling dalam.


Hujung minggu berkunjung ke kota
Kedai buku sasaran pertama
kenangan bersemi sebab cinta
bersama, berpisah lupa tiada.

indah nian waktu senja
berehat bersama adik dan keluarga
Salah silap maaf dipinta
andai terpisah sampai masa.

jemari diatur bersusun sepuluh
memohon maaf silap dan salah
wahai hati jangan merusuh
ukhuwah terjalin kemas dan utuh.

2013

24 January, 2013

Pencinta Sunyi

bercinta dengan sunyi sebetulnya aneh
tetapi indah.
Kita belajar menjadi lebih berani melepaskan sebuah cinta asing
yang belum sempat dipuisikan

Alien Menchari Chinta , Ramzah Dambul (m/s 29)

* ini sajak yang dipetik daripada koleksi sajak Ramzah Dambul bertajuk Alien Menchari Chinta, ITBM.

23 January, 2013

dalam banyak waktu, aku terlupa banyak perkara

Hidup bukan seperti sebuah novel atau cerita
yang ada prolog, bab demi bab, epilog. Hidup sebuah kenyataan yang sering terjadi perkara tidak tersangka.
TETAPI...
semuanya terbaik!