kawan-kawan

24 August, 2011

Mati

mati itu jasad,
Moga tidak amalnya.

14 August, 2011

MUDAHNYA MENYUSUN MADAH


Mudahnya menyusun madah,
Tersusun di bibir indah,
Bermain sandiwara mewah,
Terselit seribu helah.

Tersusun di bibir indah,
Bicara berpatah-patah,
Konon mengubat susah,
Hanya menambah gundah.

Bermain sandiwara mewah,
Material banyak dicurah,
Mereka seakan penjarah,
Mengangguk mengundang padah.

Terselit seribu helah,
Aku mengerti metah,
Kata bersulam fitnah,
Kelak mencanang resah.


Bicaranya berpatah-patah,
Hilang cabang pada lidah,
Pondok istana semua diredah,
Asal mereka disambut megah.

Material banyak dicurah,
Siapa sebenarnya perlu diserah,
Jangan pula mengundang parah,
Memberi pada si bedebah.

Aku mengerti metah,
Adat menumpang tanah bertuah,
Berdiri, tak boleh membantah,
Arahan itu perintah.

Konon mengubat susah,
Aku diberi rumah,
Konon memberi mudah,
Aku rasa gelisah.

29/06/2009 20:03:00

10 August, 2011

Bicara Aku untuk aku

Mendengar katanya tadi,
Mengingatkan hati aku sendiri,
Perkara yang aku tidak hati-hati,
Membuahkan resah pada sebentuk hati.

Pesan aku kepada aku,
Tutup cerita yang tidak perlu,
Kadang perlu disentuh untaian qalbu,
Supaya perjalanan bukannya tidak tentu,
Mungkin pahit bercerita yang perlu,
Lakukan supaya tenang tanpa ragu,
Mungkin terlepas tanpa tahu,
Itu sebenarnya sembilu buat kamu.

Dalam renyai mulut aku bercerita,
Mungkin ada hati terluka hanya kerana kata-kata
Tanpa sampai akalku bicara,
Anggapanku ianya biasa sahaja,
Kerana kita lama bersama.

Aku mungkin tidak tahu,
Yang aku cerita yang tidak perlu,
Aku buat perkara yang mengundang sendu,


Sedangkan aku tidak bisa membantu diriku,
Mengubah sesuatu...

BAGAIMANA???

Aku hanya terkedu,
Membatu,
Tanpa jawapan walau satu.


8-6-2010
Qamar Jamilah
02:02p.m
~Aku hanya mengikut rentak jari.. Merapu sahaja...~

Katamu Suatu Ketika

Kata-katamu dulu,
adalah dusta yang tak kau bicara.

Kata-kataku,
Jangan engkau percaya.

Aku dan kamu,
Bukan lagi seperti dulu,
Kita nyata tak sebulu,
Tinggalkan aku...

Redha

 Redha,
Aku terus berjuang,
Jatuh
Bangun
Gagal
Bertahan.

Seorang Jamilah tidak harus mengalah,
Jangan kata penat atau susah
Bergerak apa perlu kau kerjakan
Kelak kau dapat apa kamu mahukan.

Jangan terlalu melihat belakang..

Sunyi,
JAMILAH MOHD NORDDIN
~kembara mencari makna diri!~

Nota Kecil Hujung Entri: Menulis apabila terasa mahu menulis/

Yang Tertulis

Catatan yang tertumpah di sini
Akulah yang memilih untuk meletakkannya terpateri di sini.

Kisah aku,
Cerita mereka aku cinta dan rindu
Ceritera suka bercampur sendu.

Apa yang ternukil
Itulah aku mahu biarkan ia berada di sini.

Agar kelak kalau aku tiada lagi,
Mereka yang membaca tahu inilah kisahku,
Sebahagian kisah kecilku,
Yang aku mahu mereka tahu
Walau bukan pengalaman beribu

Aku yang memilih kata yang tertulis di sini,
Agar aku tahu,
Dalam hidup aku melakukan sesuatu
Walau banyak lagi masanya aku membatu.

Maka,
Aku mencatat apa aku mahu.

Lu'luah Nur Jamilah
1-10-2010
Qamar Cinta 1-1

Nota Kecil Hujung Entri: Terus hidup!

Aku terus berdiri

Aku mahu terus berdiri di daerah ini.
Biar tertoreh jasad berulang kali,
Biar kering air mata bertangki-tangki
Biar darah kering pucat lesi.

Daerah ini mengajarkan aku erti persahabatan
Makna pemberian


Jangan kau percaya pada bisikan syaitan
Yang membisikkan pada kamu,
Jatuhlah!
Putus asalah!
Kerana
Aku ada Allah....

Sesungguhnya aku mahu terus berdiri di taman ilmu dan budi ini
Walau apa yang terjadi.
Tetapi tahankah jasad ini?

Sesungguhnya perancangan Allah terbaik.
Hanya tinggal aku usahakan!

15-10-2010
Qamar Cinta 1-1
IIUM.

:Hati, tenanglah... jiwa, bersatulah dengan akal... Allah, alhamdulillah 'ala kullihal!

07 August, 2011

Puisi Buat Walid

PUISI BUAT WALID
JAMILAH MOHD NORDDIN
TUNAS CIPTA FEBUARI 2008

Walid,
Andai kau dengar apa yang tersirat di sudut qalbi,
Andai kau tahu apa yang bergelojak di aqli,
Andai kau tahu apa rasa diri kini,
Andai perasaan ini dimengeri.

Walid,
Maafkan diri ini,
Hampir dua dekad kita serasi,
Tiada kucupan di pipi
Kalimah yang dibicarakan dapat dihitung jari.

Maafkan diir ini ahai walid,
Penerimaan hambarku padanya,
Bukan tanda aku tidak merestui,
Bukan simbol sebuah sendu,
Kau lebih tahu,
Apa yang aku mahu.

Walid,
Bahagialah dengan kehidupanmu,
Anakmu,
Kalungkan doa buatmu,
Tanda restu diri ini buatmu,
Bahagialah walid sayang,
Selamanya.

Tinta Buat Sahabat

TINTA BUAT SAHABAT
JAMILAH MOHD NORDDIN
FOKUS SPM SEPTEMBER 2008

Cinta sejati,
Cinta yang bersemi nama Ilahi,
Cinta kepada ALLAH,
Tak jemu mengharap maghfirah.

Pasti kau beroleh cinta itu,
Andai bejanamu dipenuhi ilmu,
Andai teguh imanmu,
Andai lengkap ketaatanmu,
Andai istiqamah taubatmu.

Perjuangan kita sebenarnya,
Menegakkan nama ALLAH,
Membetulkan diir sendiri,
Melawan nafsu dalam diri,
Yang berdiam dalam diri,
Membodek tak henti-henti,
Agar kita kufur pada Ilahi.

Wasilah perjuangan itu tidak terhiting,
Tinta,
Lisan bicara,
Doa sentiasa,
Tuhan ada,
Pada hamba yang meminta.

Isilah atmamu dengan al-Quran,
Lazimkan dirimu menatap maknanya,
Penuhkan hari-hari kosong dengan zikrullah,
Fikir keagungan ALLAH,
Selangkan khamis dan Isninmu dengan puasa,
Tataplah kitab menambah ilmu di dada.

Insya-ALLAH,
Pnuhlah hatimu yang kosong,
Dengan rahmat dan pertolongan-NYA,
Senyumanmu akan lebih besar,
Wajahmu pasti disimbah nur.

Pantai Semut

PANTAI SEMUT
JAMILAH MOHD NORDDIN
Dewan Siswa Febuari 2009

Di gigi-gigi pantai,
Berkerumun semut,
Cari gula,
Tunggu mangsa,
Merehat minda,
Menikmati ciptaan Yang Esa.

Seekor semut,
Mengejar pisang di tengah samudera,
Berdecit suara,
Ria.

Belum ke tengah,
Lemas,
Tak siapa bantu,

Kawan-kawan tersedar,
Tak sempat bantu,
Lemas sama.

Terkubur semut,
Di pantai semut,
Bersemadi jasad,
Namanya abadi.

JAMILAH MOHD NORDDIN
SETELAH PULANG PORT DICKSON(TELUK KEMANG)
9/1/2008 10:19 AM

06 August, 2011

Tapai

Tapai yang sedap.

1998.
Siapakah dapat menjangka,
Inilah makanan terakhir dibuat bonda,
Buat zuriat tercinta,


Tapai disedia,
Belum sempat dijamah,
Allah memanggilnya menghadap,
Kerana sampai masa ditetap.

2010.
Aidilfitri ini,
Tapai pelengkap perayaan kali ini,
Air tangan ayah sendiri,
Buat kami.

Benar kenangan masih terpahat,
Namun sudah aku balut,
Simpan kemas di satu sudut.

Ini tapai cinta punya bicara,
Seorang hamba di bumi melata.



Nota Sebelum Titik:kisah tapai dalam diri.

tapai's story,
4.36a.m/4.12.2010,
Qamar Jamilah, Mahang, Kedah. 

Percaya

Allah itu dekat. =]


 Wahai diri,
Mengapa gusar di hati juga masih kau bimbangkan,
Sedang manakah pengharapanmu pada Allah yang sentiasa memerhatikan,
Getar di dada mana bisa dihilangkan,
Andai percaya takdir Allah itu kau padamkan.

Benar tidak semua kau mahu dapat dalam tangan,
Lantaran bukan semua kau mampu diri tanggungkan.

Mu'minah itu sentiasa dambakan redha Allah,
Biar pahit benar mahu ditelan,
Bersyukur pada kurnia,
Bersabar pada dugaan.

Sedang diri percayanya belum sepenuh jiwa,
Ragu bertandang saat jiwa dibelai syaitan durjana,
Membuatkan diri rebah tidak berdaya,
Bagaimana dilalui hari tanpa rasa.

Diri,
Ingatkan selalu jiwa untuk tidak mati sebelum diri,
Sediakan diri supaya terus sabar meniti hari,
Percaya kemampuan Allah beri,
Sedang Allah duga mengikut kadar peribadi.

Siapakah yang hanya dibiarkan berkata,
"Aku sudah beriman,"
Sedang belum diuji takah manakah iman,

Bukan soal jatuh perlu kamu bimbangkan,
Tetapi,
Kebangkitan setelah kegagalan perlu kau pertahankan.

Bagaimana mahu dijawab depan Allah kelak,
Andai terus kau tenggelam pada sebuah kesedihan sementara,
Tidak bersyukurkah pada sebuah kurnia?

Allah berikan padamu,
Sekadar kamu mampu.

Percayalah!


kuatlah wahai diri,
6.55a.m/4.12.2010

Hanyut


Optimis untuk hidup! Jangan dibayangi kisah silam! =] [kredit gambar di sini]
Hanyut.
Penulis: Lu'luah Nur Jamilah. 

Tertanya akan diri,
Tidak penat melaku dosa?
Sedar sebiji sawi dosa membentuk Kelam pada atma,
Hingga bibir tiada senyum,
Wajah hilang cahaya.

Dosa yang menghambat diri,
Membawanya lari ke dunia sendiri

Didiamkan sisa-sisa tenaga,
Memenuhi nafsu duniawi,
Ditinggalkan amanah tergalas pada bahu.

Sedar nafas hanya tiga ela,
Mengapa tidak mampu pula diri berkata
TIDAK AKAN AKU LAKUKAN APA YANG AKU TAHU SALAH!!!

Hati gagal mentafsir rasa sendiri
Terawang
Sesat dalam cahaya....

titik-titik usia yang kian berakhir.

Tuhan
Bagaimana jika nyawa  diragut sekarang,
Pergi tanpa amal.

Sengsara
Duka Cuma.....

JAMILAH MOHD NORDDIN
27/04/2009 11:32
diedit: 3/12/2010 5:25

Nota Sebelum Titik:entah bila aku tulis puisi ini. Terasa mahu berkongsi. Jemari bisa kaku apabila tidak menulis puisi lama-lama. =]

05 August, 2011

Tulisan yang bukan sajak

khabar apakah mahu diberitakan lagi,
sedang semuanya terkepung dalam udara rindu,
menggigit hati,
bernanah dalam sanubari.

Allah,
rindu itu,
jangan sampai memusnahkan.

03 August, 2011

Benarkan...

Tuhan,
Benarkan pena ini terus menari di dada kajang,
Ingin aku ungkap segala luahan rasa,
Yang tak bisa terluah bicara..

Tuhan,
Tetapkan kami di atas jalan perjuangn ini,
Teguhkan hati ini,
Teguhkan anggota kami,
Teguhkan perjalanan hari-hari kami,

Tuhan,
Berikan kami hidayah,
Berikan kami kebenaran,
Berikan kami jalan keluar segala masalah.

Tuhan,
Engkau sebaik-baik tempat untuk kami mengadu resah,
Tenangkan hati kami Tuhan,
Buangkan mazmumah kami,
Kekalkan mahmudah kami...

ALLAHUMMA SABBIT QALBI 'ALA DINIK...

Tuhan,
Kami merancang,
Namun,
Perancanganmu lebih utama.
Semoga kami reda,
Walau apa yang terjadi,

02 August, 2011

KIAN TIBA SAAT ITU

Pemikiran warasku tersentak,
Jasad ini terkaku,
Ya Rabb!
Balakah ini?
Dunia tidak selamat diduduki,
Balasan Tuhan di sini sana.

Wanita kini senang bertelanjang,
Lelaki ramai tak manis dipandang,
Pusat judi, eksais, arak kian dijulang,
Pemimpin hanya tahu bercakap pilihan raya menjelang,
Manusia kini kian jauh daripada al-Khalik
Dunia...
Sampah yang menjadi rebutan.

Kian tiba apa yang tercatat dalam kalam-Nya,
Kian tiba apa disabda Rasul-Nya,
Kiamat hanya menanti amsa,
Bumi tempat tumpangan ini sebenarnya,
Tak mampu menanggung dosa penghuninya.

Amalan yang hanya sezarah Cuma,
Mampukah menampun dosa segala
Ditambah ditolak dihitung kira,
Apa yang tinggal pada kita?

Andai insan manusia masih lupa leka,
Apa dijawab di perhimpunan sana,
Tuhan mengetahui segala,
Akan dosa pahala.

JAMILAH MOHD NORDDIN
DEWAN SASTERA _ SISIPAN TUNAS CIPTA MAC 2007.