kawan-kawan

29 June, 2012

Lorongkan Jalan, Allah.


Benarlah.
Payah itu yang pertama
kedua
terlorong jalan
terbuka kesempatan.

Berjalan
Selagi bernafas
Mentafsir
Selagi akal berfungsi.

Allah,
terima kasih.

Ila Husna.

27 June, 2012

Mengait Ilham

Biru langit, hijau alam sering mengujakan.
mengait ilham
yang tersangkut di dahan kenangan
enggan gugur menjadi untaian kata.

kata-kata tersekat
tidak terluah bibir
tidak tertulis jemari
tidak tercat meski warna setia di tangan
terlekat dalam dada
di situ sejak beberapa lama.

menyimpan kenangan bukan untuk diri sendiri
berkongsi denganmu mengukir ria di hati,

mengukir kenangan menjadi catatan
abadi sepanjang zaman.

25 June, 2012

SEHIRIS LIMAU, SECANGKIR KOPI.


lewat
pertemuan
hujung mingguku bersama h
dihulurnya secawan kopi manis
sehiris limau masam.
kutelan meski tekak mendesak
melontarnya kembali.

kata h
telanlah apa yang ada di hadapanmu
manis itu penyeri hidup
masam itu pengingat diri
masin itu hadirnya sesekali
pahit itu ubat sejati.

h,
suatu masa ketika kamu kembali
menemuiku
mahu kujabat tanganmu
terima kasih mengingatkan.

secangkir kopi sehiris limau pemberianmu
mengukir senyum di bibir.

19 Jun 2012/ Mahang.

14 June, 2012

Tulisan

Menulis bukan sebarang tulisan
Disoal di Sana
Atas landasan apakah penulisan
Kerana menegakkan titah Allah
atau
Demi kertas-kertas not tertulis angka.

Allah.
Tetapkan hati ini dalam menulis
Bakat dipinjam-Mu
Bukan dipersia
Demi berkongsi
Demi memberi
Termampu diri.

Seandai esok diri pergi,
Ada harta kemudian hari
Menghulur jariah buat diri.

10 June, 2012

Bijaksana

tulisanmu
ditanya
di Dunia
Sana.

Langkahmu
dikira
di Alam
Sana

Cakapmu
ditimbang
Mizan
Paling tepat.

BIJAKSANA.

lu'luah nur jamilah

09 June, 2012

Satu Nama

Hanya satu tujuan
kerana Allah
Pasti tenang
Lancar
dipermudah

08 June, 2012

Tulis

tiada alasan dapat dicipta
melainkan PERCAYA
kamu akan disoal pada bakat diberi
tulis
tulis
tulis

HANTAR.

03 June, 2012

pandang, lihat, berpijak.


pandang
di hujung padang kehidupan
rancang
peta permainanmu
menang
kalah
tidak lelah.

lihat
sejauh langit biru
gapai awan impian

berpijak 
di rumput hijau

lu'luah nur jamilah