kawan-kawan

29 January, 2011

dia 1

Membaca bahasa jiwanya,
Aku mengenal banyak warna,
Dalam dunia.

Dalam halus bicara,
Dia bersuara,
Memberi makna
Pada aku yang lupa.

Terima kasih,
Pada bicara bisu yang bersuara.

28 January, 2011

sakit

Bagiku,
Menyakitkan hati orang lain itu
Paling menyakitkan
Bagai belati menghiris dada,
Terasa tersiat,
Lalu darah mengalor duka
Bersama air mata.

=(

27 January, 2011

hujan itu manis buatku

Biarkan deru itu menemani,
Hingga denyut terhenti.

26 January, 2011

kamu.

Biar
Tidak lagi dipertemukan dalam dunia realiti,
Namamu ada dalam hati ini,
Bersemadi,
Kerana kau hanya satu dalam dunia ini.

25 January, 2011

Pot;pet.pit.

Mengapa?
Hati mahu merenyai
Sedang jemari masih rancak menari
Akal tidak mampu berfikir lagi,
Jatuh di lubang itu sekali lagi.

Berfikir dan berfikir,
Dengar suara hati,
Namun semuanya tidak bersuara lagi.
Hanya aku seakan masih bermimpi.

Pada sebuah kepastian yang tidak mungkin aku hadapi,
Jasad lemah sendiri
Bukan tiada menemani
Hanya aku masih sepi

Entah badai apakah lagi melanda diri
Mahu bising namun mulut terkunci
Diam lagi.

Sayang

"Semakin sayang Allah pada seseorang maka makin banyak rintangan yang dilalui supaya dia makin dekat dengan Allah."

24 January, 2011

Kata Hati



Benarkan kata hati,
Selagi ia belum mati.

22 January, 2011

percaya

percaya dan etrus percaya,
Aku tahu itu terbaik!
Bertegas dengan diri,
Pertahankan langkah!

20 January, 2011

Nur.

Pasti,
Ada cahaya,
Hujung kesuraman,
Yakin pada DIA,
Memberi segala.

19 January, 2011

diri.

Ia bukan hanya mainan sandiwara,
Jangan pula kau melagukan sendu sahaja,
Hadapi hidup seadanya,
Allah tahu terbaik buat saya!

18 January, 2011

terima kasih.

Terima kasih membenarkan,
Aku terus bersiri dii sini.

17 January, 2011

percaya

Masih ada rasa percaya dalam diri.
Pada semua terjadi,
Bukan mainan atau ilusi,
Hanya diri tak kuat hadapi.

=)

16 January, 2011

berdiri di sini.





tetap aku tetap berdiri,
Biar sebelah kaki pincang,
Tersenyum  pada cermin diri,
Aku mampu gapai impian tinggi.

15 January, 2011

gugur.


hati,
jangan dibiar mati,
Sedang jasad bernyawa lagi.

14 January, 2011

hipokrit.

hipokrit itu aku,
aku hipokrit.
bukan hipokrit itu bukan aku.
maka yang hipokrit itu aku.
aku adalah hipokrit.
hipokrit.
HIPOKRIT.

:berikan aku tangisan:


Kirmkan aku,
Sebaldi air,
Mahu dibasahkan mata ini,
Sudah kering.

13 January, 2011

hujan.

Hujan,
Teman,
kesepian.

tipu.

Kamu tipu,
Aku kelu.

Kamu benci,
Aku sepi.

Kamu diam,
Aku tergamam.

Kamu senyum,
Aku terkulum.

12 January, 2011

kapal terbang kertasku.

Petang damai,
Saya rindu masa silam,
Lalu,
kertas empat segi jadi kapal terbang kertas,
Aku layangkan ke udara,
Tinggi!

Sesaat,
Dua saat,

Kala kapal terbang kembali,
Berkecai,
Jadi kepingan kertas cuma,
Aku kecewa.

11 January, 2011

sakit

ubati sakit dengan apa yang kita sakit,
Ubati cinta dengan bercinta dengan yang perlu kita cinta.

10 January, 2011

jiwa kacau 2


Lena tidak menjanjikan selesai masalah,
Mandi belum tentu jiwa tidak resah,
Ada petua tidak terbantah!

Al-Quran itu bukankah penyudah masalah!

09 January, 2011

jiwa kacau

kekosongan dalam jiwa,
Jangan diubat dengan racun juga,
Kelak merana sepanjang masa.

04 January, 2011

contengan.



Tidak salah mengikut hati,
Jangan sampai dirmu mati,
Sedang denyut belum berhenti.