kawan-kawan

25 January, 2011

Pot;pet.pit.

Mengapa?
Hati mahu merenyai
Sedang jemari masih rancak menari
Akal tidak mampu berfikir lagi,
Jatuh di lubang itu sekali lagi.

Berfikir dan berfikir,
Dengar suara hati,
Namun semuanya tidak bersuara lagi.
Hanya aku seakan masih bermimpi.

Pada sebuah kepastian yang tidak mungkin aku hadapi,
Jasad lemah sendiri
Bukan tiada menemani
Hanya aku masih sepi

Entah badai apakah lagi melanda diri
Mahu bising namun mulut terkunci
Diam lagi.

No comments:

Post a Comment