kawan-kawan

10 August, 2011

Aku terus berdiri

Aku mahu terus berdiri di daerah ini.
Biar tertoreh jasad berulang kali,
Biar kering air mata bertangki-tangki
Biar darah kering pucat lesi.

Daerah ini mengajarkan aku erti persahabatan
Makna pemberian


Jangan kau percaya pada bisikan syaitan
Yang membisikkan pada kamu,
Jatuhlah!
Putus asalah!
Kerana
Aku ada Allah....

Sesungguhnya aku mahu terus berdiri di taman ilmu dan budi ini
Walau apa yang terjadi.
Tetapi tahankah jasad ini?

Sesungguhnya perancangan Allah terbaik.
Hanya tinggal aku usahakan!

15-10-2010
Qamar Cinta 1-1
IIUM.

:Hati, tenanglah... jiwa, bersatulah dengan akal... Allah, alhamdulillah 'ala kullihal!

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Hidup di dunia adalah kembara perjalanan bagi manusia sebelum kembali ke alam akhirat. Manusia pernah berbai`ah kpd Allah SWT semasa dialam ruh, agar kita akan menjalankan amanah di dunia ini. Surah Al`Araaf:172 لَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ

    Dengan berbekalkan sedikit bekalan dan tempoh masa yang ditentukan, kita mesti hidup dlm petunjuk Allah SWT dlm setiap keadaan, tempat dan masa. Surah AlBaqarah:36 وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ Dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan sementara hingga ke suatu masa yang ditentukan)"

    Rasulullah saw telah meninggalkan Makkatul Mukaramah buat sementara waktu dan berhijrah ke Madinah utk mencari tapak kesesuaian sebelum dapat kembali t anah kelahiran yang dicintainya. Kesemuanya dengan mentadabbur ALQuran. Surah AlQasas:85 إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ ۚSesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan mengembalikan engkau lagi kepada (tempat) yang engkau ingini dan cintai.

    Allah SWT akan menunjukkan Ilmu yang dicari dimana2 jua segenap pepenjuru dunia dan di dunia tanpa sempadan (internet) tanda2 kekuasaan Allah SWT. Tetapi apa yang lebih penting adalah penjelasan pada diri2 kita, Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗtanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Wallahualamu bimuraadihi.

    ReplyDelete