Pemikiran warasku tersentak,
Jasad ini terkaku,
Ya Rabb!
Balakah ini?
Dunia tidak selamat diduduki,
Balasan Tuhan di sini sana.
Wanita kini senang bertelanjang,
Lelaki ramai tak manis dipandang,
Pusat judi, eksais, arak kian dijulang,
Pemimpin hanya tahu bercakap pilihan raya menjelang,
Manusia kini kian jauh daripada al-Khalik
Dunia...
Sampah yang menjadi rebutan.
Kian tiba apa yang tercatat dalam kalam-Nya,
Kian tiba apa disabda Rasul-Nya,
Kiamat hanya menanti amsa,
Bumi tempat tumpangan ini sebenarnya,
Tak mampu menanggung dosa penghuninya.
Amalan yang hanya sezarah Cuma,
Mampukah menampun dosa segala
Ditambah ditolak dihitung kira,
Apa yang tinggal pada kita?
Andai insan manusia masih lupa leka,
Apa dijawab di perhimpunan sana,
Tuhan mengetahui segala,
Akan dosa pahala.
JAMILAH MOHD NORDDIN
DEWAN SASTERA _ SISIPAN TUNAS CIPTA MAC 2007.
masa tiada siapa yang tahu
ReplyDeletemalahan peramal terhebat turut tewas
hanya Dia yang menciptakan sahaja simpan
semoga kita masih ada cebisan keinsafan lagi