Optimis untuk hidup! Jangan dibayangi kisah silam! =] [kredit gambar di sini] |
Tidak penat melaku dosa?
Sedar sebiji sawi dosa membentuk Kelam pada atma,
Hingga bibir tiada senyum,
Wajah hilang cahaya.
Dosa yang menghambat diri,
Membawanya lari ke dunia sendiri
Didiamkan sisa-sisa tenaga,
Memenuhi nafsu duniawi,
Ditinggalkan amanah tergalas pada bahu.
Sedar nafas hanya tiga ela,
Mengapa tidak mampu pula diri berkata
TIDAK AKAN AKU LAKUKAN APA YANG AKU TAHU SALAH!!!
Hati gagal mentafsir rasa sendiri
Terawang
Sesat dalam cahaya....
titik-titik usia yang kian berakhir.
Tuhan
Bagaimana jika nyawa diragut sekarang,
Pergi tanpa amal.
Sengsara
Duka Cuma.....
JAMILAH MOHD NORDDIN
27/04/2009 11:32
diedit: 3/12/2010 5:25
Nota Sebelum Titik:entah bila aku tulis puisi ini. Terasa mahu berkongsi. Jemari bisa kaku apabila tidak menulis puisi lama-lama. =]
No comments:
Post a Comment