kawan-kawan

07 August, 2011

Tinta Buat Sahabat

TINTA BUAT SAHABAT
JAMILAH MOHD NORDDIN
FOKUS SPM SEPTEMBER 2008

Cinta sejati,
Cinta yang bersemi nama Ilahi,
Cinta kepada ALLAH,
Tak jemu mengharap maghfirah.

Pasti kau beroleh cinta itu,
Andai bejanamu dipenuhi ilmu,
Andai teguh imanmu,
Andai lengkap ketaatanmu,
Andai istiqamah taubatmu.

Perjuangan kita sebenarnya,
Menegakkan nama ALLAH,
Membetulkan diir sendiri,
Melawan nafsu dalam diri,
Yang berdiam dalam diri,
Membodek tak henti-henti,
Agar kita kufur pada Ilahi.

Wasilah perjuangan itu tidak terhiting,
Tinta,
Lisan bicara,
Doa sentiasa,
Tuhan ada,
Pada hamba yang meminta.

Isilah atmamu dengan al-Quran,
Lazimkan dirimu menatap maknanya,
Penuhkan hari-hari kosong dengan zikrullah,
Fikir keagungan ALLAH,
Selangkan khamis dan Isninmu dengan puasa,
Tataplah kitab menambah ilmu di dada.

Insya-ALLAH,
Pnuhlah hatimu yang kosong,
Dengan rahmat dan pertolongan-NYA,
Senyumanmu akan lebih besar,
Wajahmu pasti disimbah nur.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Ikatan persahabatan bagi Islam adalah berdasarkan kalimah syahadah yang tidak akan putus selama kita berpegang-teguh dengannya. Surah AlBaqarah:256 فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus.
    Ikatan inilah yang Allah SWT sebutkan sebagai `bithonah` iaitu teman kepercayaan yang paling rapat umpama baju dalam kita. Surah AliImran:118 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu .
    Persahabatan inilah yang dibawa kepada alam perkahwinan dimana asasnya kedua2 mesti dapat menegakkan hukum Allah SWT. Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ Sekiranya kedua2 (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin sesungguhnya berat sangka Kami jika kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah`.
    W/pun istidlal ayat ini mengenai perkahwinan kali kedua, tetapi para Imam Mazhab telah menetapkan itulah dalil yang menjadi asas mrk yang ingin hidup bersama iaitu menegakkan hukum Allah SWT. Wallahualam.

    ReplyDelete