kawan-kawan

10 August, 2011

Yang Tertulis

Catatan yang tertumpah di sini
Akulah yang memilih untuk meletakkannya terpateri di sini.

Kisah aku,
Cerita mereka aku cinta dan rindu
Ceritera suka bercampur sendu.

Apa yang ternukil
Itulah aku mahu biarkan ia berada di sini.

Agar kelak kalau aku tiada lagi,
Mereka yang membaca tahu inilah kisahku,
Sebahagian kisah kecilku,
Yang aku mahu mereka tahu
Walau bukan pengalaman beribu

Aku yang memilih kata yang tertulis di sini,
Agar aku tahu,
Dalam hidup aku melakukan sesuatu
Walau banyak lagi masanya aku membatu.

Maka,
Aku mencatat apa aku mahu.

Lu'luah Nur Jamilah
1-10-2010
Qamar Cinta 1-1

Nota Kecil Hujung Entri: Terus hidup!

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Ada suatu ketika apa yang tersimpan dihati kita akan dizahirkan di dunia dengan `body language` walaupun kita tidak menyatakannya. Surah AlAn`aam:67 لِّكُلِّ نَبَإٍ مُّسْتَقَرٌّ ۚ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. Begitu juga, apabila kita menyatakan sesuatu samada baik atau buruk tetapi dalam dada2 mrk adalah lebih besar lagi. Ibarat `iceburg` dimana pada permukaan laut, nampak kecil tetapi dibahagian dalamnya lebih besar. Surah AliImran:118 وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚTelahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
    Teruskan penulisan yang baik kerana semua itu, InsyaAllah memberi kesedaran dan manafaat pada manusia. Wallahualam

    ReplyDelete