kawan-kawan

16 January, 2012

di Pintu Taubat



Tuhan,
Akukah insan itu,
Tersungkur di pintu taubat,
Diheret arus duniawi,
Tak daya melawan.

Tuhan,
Akukah insan itu,
Janjinya mahu bertaubat,
Tinggalkan maksiat,
Namun,
Terlalu lemah,
Kaki tersadung di pintu taubat,
Kembali ke asal.

Tuhan,
Akukah insan itu,
Mahu mengubah kejahilan.
Tak dicari ilmu,
Membiarkan diri terkontang kanting

Akukah itu, Tuhan?
Dekati aku, tuhan,
Agar aku bisa masuk ke rumah taubat,
Membersihkan diri,
Jangan biarkan aku tersungkur lagi...
Harapanku hanya Pada-Mu,
Bukan dunia yang menipu.

lu'luah nur jamilah

1 comment:

  1. Alhamdulillah, penuh bermakna dan penghayatan. Tahniah atas penerbitan Friends Forever. InsyaAllah, akan dicari di kedai-kedai berhampiran. ^^

    ReplyDelete