kawan-kawan

10 August, 2011

Bicara Aku untuk aku

Mendengar katanya tadi,
Mengingatkan hati aku sendiri,
Perkara yang aku tidak hati-hati,
Membuahkan resah pada sebentuk hati.

Pesan aku kepada aku,
Tutup cerita yang tidak perlu,
Kadang perlu disentuh untaian qalbu,
Supaya perjalanan bukannya tidak tentu,
Mungkin pahit bercerita yang perlu,
Lakukan supaya tenang tanpa ragu,
Mungkin terlepas tanpa tahu,
Itu sebenarnya sembilu buat kamu.

Dalam renyai mulut aku bercerita,
Mungkin ada hati terluka hanya kerana kata-kata
Tanpa sampai akalku bicara,
Anggapanku ianya biasa sahaja,
Kerana kita lama bersama.

Aku mungkin tidak tahu,
Yang aku cerita yang tidak perlu,
Aku buat perkara yang mengundang sendu,


Sedangkan aku tidak bisa membantu diriku,
Mengubah sesuatu...

BAGAIMANA???

Aku hanya terkedu,
Membatu,
Tanpa jawapan walau satu.


8-6-2010
Qamar Jamilah
02:02p.m
~Aku hanya mengikut rentak jari.. Merapu sahaja...~

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Atas nama persahabatan, walau apa yang diperkatakan sepatutnya tidak mengambil sampai ke hati. Apa yang penting ialah `lapangkan dada` mendengar pendapat sehingga habis dan barulah membuat keputusan. Surah AlAn`aam:125 فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
    Lebihkan oksigen masuk ke dalam badan, barulah otak dapat memikirkannya dengan baik.

    ReplyDelete