kawan-kawan

07 August, 2011

Puisi Buat Walid

PUISI BUAT WALID
JAMILAH MOHD NORDDIN
TUNAS CIPTA FEBUARI 2008

Walid,
Andai kau dengar apa yang tersirat di sudut qalbi,
Andai kau tahu apa yang bergelojak di aqli,
Andai kau tahu apa rasa diri kini,
Andai perasaan ini dimengeri.

Walid,
Maafkan diri ini,
Hampir dua dekad kita serasi,
Tiada kucupan di pipi
Kalimah yang dibicarakan dapat dihitung jari.

Maafkan diir ini ahai walid,
Penerimaan hambarku padanya,
Bukan tanda aku tidak merestui,
Bukan simbol sebuah sendu,
Kau lebih tahu,
Apa yang aku mahu.

Walid,
Bahagialah dengan kehidupanmu,
Anakmu,
Kalungkan doa buatmu,
Tanda restu diri ini buatmu,
Bahagialah walid sayang,
Selamanya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Ibubapa hanyalah amanah utk menjaga kita supaya diakhirat nanti jangan mereka dipersalahkan atas keputusan yang dilakukan. Surah Al`Araaf:173 أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?
    Para sahabat r.anhum sanggup meninggalkan ibubapa dan keluarga semata menurut perintah Allah SWT sehingga turunnya Surah AlMujadilah:22 ا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

    Apa yang penting dalam perjalanan hidup kita ialah sentiasa hidup dlm berpetunjuk dalam setiap keadaan samada ada Daulah atau tidak kerana petunjuk telah pun sampai. Surah AlBaqarah:38 فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Maka adapun ia pasti datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
    Apa yang lebih penting adalah selamatkan diri kita dahulu supaya sentiasa dalam genggaman Allah SWT. Kemudian barulah kita memikirkan orang lain sebab disana tidak tebus menebus melainkan diri kita. Allah SWT telah memberi kita dua pemilihan hidup. Surah AlBalad:10 وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Wallahualam

    ReplyDelete