kawan-kawan

26 May, 2012

Hanya Dia.


Sekuntum puisi
Serangkai doa
Sejambak harapan

Pengiring
Perjalanan panjang.

lu'luah nur jamilah

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Perjalanan dari alam ruh ke alam dunia melalui rahim ibu dikurniakan pendengaran, penglihatan dan kepandaian utk memahami sesuatu (jantung)! Surah AnNahl:78 وَاللَّـهُ أَخْرَ‌جَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُ‌ونَ
    Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    Berbekalkan tempat tinggal, bekalan modal yang sedikit dan tempohmasa yang ditentukan untuk mencari petunjuk sebelum diwafatkan. Surah AlBaqarah:36 وَلَكُمْ فِي الْأَرْ‌ضِ مُسْتَقَرٌّ‌ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ Dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat bekalan/ kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
    Ketika hidup inilah Alah SWT menguji kita seperti tentera Thalut menyeberangi sebatang anak sungai ketika mahu bertempur. Sesiapa yang mengambil bekalan berlebihan semuanya mati kecuali dgn satu cedukan air sekadar utk bergerak! Surah Albaqarah:249 قَالَ إِنَّ اللَّـهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ‌ فَمَن شَرِ‌بَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَ‌فَ غُرْ‌فَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِ‌بُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ ۚThalut berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka.
    Wallahualam.

    ReplyDelete